Sunday, 31 July 2011
kalau orang kata Jangan , Jangan !
Dari Hati Arruhul - Jadeed ketika 16:55 0 comments
:: Tips utk mudah menghafal ::
oleh itu , kita semua kena jaga otak kita dengan baik .
Tak suka betul bila bnda kecil pon bole lupa .
Padahal baru kejap buat . Itu adalah situasi yang mungkin berlaku kat kita .
Baru jumpa kawan baru , tapi nama tak ingat dan sbgainya .
Semua itu adalah disebabkan kita tidak mnjaga kepala otak kita .
Tips untuk tak mudah lupa .
- Kurangkan makan bawang besar
- Kurangkan makan berempah
- Kurangkan makan ketumbar kering
- Kurangkan menonton hiburan
- Kurangkan membaca majalah hiburan
- Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
- Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin
- Kurangkan makan organ dalaman ayam
- Jangan makan kepala ikan
- Jangan minum air yang ada semut
- Jangan tidur selepas subuh
- Jangan tidur selepas asar
- Jangan tidur selepas makan
- Jangan makan terlalu kenyang
- Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
- Jangan menyapu rumah pada waktu malam
- Jangan makan yang masam-masam berlebihan
- Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
- Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam
Amalan supaya ingatan kuat
- Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain
- Selalu makan makanan yang panas-panas
- Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain-lain
- Selalu minum air masak
- Selalu makan ulam-ulam
- Selalu mengamalkan pandangan hijau
- Selalu bersenam
- Selau menggunakan imajenasi otak
- Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum atau soya
- Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan atau pantai yang mempunyai pokok kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negetif dan cahaya matahari infra merah terutama pada waktu pagi yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratus yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
- Jangan ego
- Jangan dengki pada orang lain
- Jangan makan dari sumber yang tidak halal
- Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
- Jangan makan makanan yang ada pewarna
- Jangan makan makanan yang ada pengawet
- Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
- Jangan mandi selepas 9.00 malam
p/s : kepala otak selalu digunakan untuk orang yang buat sesuatu
tak menggunakan otak .
tapi , dlm entry ni tak mmbwa maksud memaki atau mnyindir ye .
hahaha !
okey . sekian . thanks for read ! enjoy .
Sharing Is Caring
salam
# Ya Allah , Engkau peliharalah insan yang sdg membaca ini ya Allah #
Dari Hati Arruhul - Jadeed ketika 16:09 0 comments
:: Tiada Perkataan Seindah Bahasa ::
so , jaga lah tingkah laku anda okey ?
saya sayang anda :)
apa org akan kata ?
hmm . fikir - fikirkan lah
kalau tangan yg Allah anugerahkan tu ,
kita buat bnda yg melalaikan
kita tulis bnda2 yg Allah tak suka ,
kita menaip kat search google bnda yg lucah atau maksiat
macamana nanti , time exam , kita nak tulis jawapan yg sah ?
mesti hampa takpaham kan ??
macam nie ,
kita jawab soalan exam guna apa ?
tangan kan ?
kalau tangan yg kita guna utk nak jawab exam tu ,
sblum ni slalu buat dosa dgan tgan tu ..
mcam mana Allah nk permudahkan urusan kta utk mnulis jawapan yg btul ??
- nauzubillah ~ -
- kalau tak paham jugak , cari org len , suh trang bgi pham
mungkin sglintir yg like ,
mungkin jugak ad yg tegur .
ad kemungkin jugak ad yg marah
jangan buat camni tau .
istighfar . bulan posa ni :)
mungkin ad yg akn ckap camnie kat sy :
mmg laa taa ampa tak kacau org , tapi . sakit mata memandang . bukankah org melau ni popular
sbgai
lemah lembut , berbudi pekerti , berbahasa , sopan
kan ?
Dari Hati Arruhul - Jadeed ketika 08:03 0 comments
Wednesday, 27 July 2011
:: Marhaban ya Ramadhan ::
Dari Hati Arruhul - Jadeed ketika 23:33 0 comments
Khubaib bin Adie
Assalamualaikum Warahmatullah,
Hebat kisah pahlawan yang bernama Khubaib bin Adie ini. Mari sama-sama kita hayati kisah beliau.
Islam adalah agama aqidah. Aqidah yang hidup dan berfungsi. Aqidah yang mewarnai kehidupan dengan warna yang dikehendaki oleh Allah swt. Aqidah Islam bukanlah satu khayalan atau impian tetapi adalah satu keyakinan yang bertapak dalam lubuk hati manusia dan terbukti dalam praktik hidupnya. Hati yang yakin dengan bulat kepada kekuasaan Allah swt dan yakin pada pimpinan Rasulullah saw, ia akan mengorbankan apa saja semata-mata kerana mempertahankan aqidah Islam yang dihayatinya. Tiada Islam tanpa pahlawannya.

Khubaib bin Adie r.a adalah di antara pahlawan Islam yang telah dilahirkan dari madrasah Rasulullah saw. Hidup dan matinya adalah untuk aqidah Islam. Keyakinannya tak berbelah bagi lagi setelah imannya betul-betul dibentuk oleh pendidikan wahyu Allah swt. Imannya terpancar dalam hidupnya dan aqidah Islam betul-betul menguasai jiwanya.
Khubalb telah ditawan oleh orang-orang jahat sedang dia dalam perjalanan ke tempat yang bernama Adhal wal Qarah untuk menunaikan tugas dakwah yang telah diperintahkan oleh Rasulullah saw kepadanya. Orang-orang itu telah membawanya ke Mekah lalu menjualnya kepada Hajr ibnu Abi Ihab Attamimi untuk dibunuh sebagai membalas dendam terhadap kematian bapanya yang telah dibunuh dalam peperangan Badar.
Pada hari yang telah ditentukan terlebih dahulu, dia telah dikeluarkan oleh orang-orang Musyrikin ke Tana'im untuk disula. Di sana ia telah mengatakan kepada mereka:
"Dapatkah kamu membenarkan aku sembahyang dua rakaat?" Kata mereka :
"Bolehlah engkau sembahyang." Lalu Khubaib pun sembahyang dua rakaat dengan elok dan sempurnanya.
Setelah selesai sembahyang itu ia datang semula kepada orang-orang Musyrikin seraya berkata: "Demi Allah! Jika aku tidak takut kamu menyangka bahawa aku sengaja melengah-lengahkan masa kerana takutkan kematian, tentulah aku akan membanyakkan sembahyangku."
Ketika ia dinaikkan ke atas kayu salib, orang-orang Musyrikin itu telah berkata kepadanya: "Kembalilah semula (kepada agama asalmu) daripada agama Islam, nanti engkau akan kami bebaskan."
Sahutnya: "Tidak, demi Allah! Aku tidak suka keluar dari agama Islam meskipun aku diberikan seluruh isi bumi ini.
"Kembalilah wahai Khubaib."
Khubaib menjawab, "Aku tidak akan kembali sama sekali."
Sambung mereka, "Demi Latta! Sekiranya engkau tidak kembali, kami akan membunuhmu."
Dijawab Khubaib, "Bahawa terbunuhnya aku pada jalan Allah adalah hal yang mudah."
Lalu mereka mengalihkan mukanya ke arah lain daripada arah kiblat.
Katanya: "Walau ke arah manapun kamu mengalihkan wajahku, Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Kemanapun kamu berpaling, maka di sana adalah wajah Allah."
Kemudian ia meneruskan lagi, katanya: "Wahai Tuhanku! Bahawa aku tidak nampak sekarang selain daripada wajah musuh. Wahai Tuhan! Tidak ada sesiapa di sini yang dapat menyampaikan salamku kepada RasulMu, maka sampaikanlah salamku kepadanya."
Di waktu yang sama, Rasulullah saw sedang berada bersama-sama para sahabatnya di Madinah. Secara tiba-tiba baginda didatangi keadaan tidak sedarkan diri (absence).
Sejurus kemudian baginda pun bersabda: "Jibrail telah datang menyampaikan salam Khubaib kepadaku."
Lalu Khubaib dihampiri oleh empat puluh orang Musyrikin itu yang masing-masing memegang lembing.
Kata mereka: "Inilah orangnya yang telah membunuh bapa-bapa kamu di dalam peperangan Badar."
Sahut Khubaib: "Ya Allah! Bahawa kami telah menyampaikan risalahMu maka sampaikanlah kepadanya apa yang
diperbuat terhadap kami. Ya Allah! Hitungilah bilangan mereka dan musnahkan mereka dan jangan ditinggalkan sesiapa pun daripada mereka."

Di sini Mu'awiyah bin Abu Sufiyan, yang ketika itu masih di dalam golongan kaum Musyrikin, telah menjatuhkan diri ke tanah (meniarap) untuk mengelakkan doa Khubaib, begitu juga Hakim bin Huzam dan Jubair bin Muth'im
telah lari dan menghilangkan diri masing-masing dari situ.
Ketika tubuhnya mula dirobak-rabikkan oleh lembing-lembing kaum Musyrikin itu, Khubaib telah memutarkan diri ke arah Kaabah sambil mengucapkan:
"Alhamdulillah! Bersyukur kepada Allah yang mengalihkan wajahku ke arah kiblat yang diredhaiNya bagi diriNya, NabiNya dan orang-orang Mukmin."
Musuh-musuh Allah itu terus merobak-rabikkan jasad Khubaib dengan lembing-lembing mereka, sedang ia tidak
putus-putus menyebut "Laa ila Ha IllaLlah" hinggalah ia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Maka bergolaklah rohnya yang suci bersih itu menuju ke alam tertinggi, mengadukan kepada Allah tentang kezaliman yang telah dilakukan terhadapnya oleh orang-orang yang zalim.
Inilah bukti kehebatan hidup manusia yang beraqidah yang hanya tercerna dalam hidup orang-orang yang benar-benar yakin kepada petunjuk dan kuasa Allah swt. Khubaib bin Adie kembali menemui Allah dalam keadaan yang paling mulia kerana ia berjaya membuktikan perhambaannya kepada Allah swt.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahukakbar!
Dari Hati Arruhul - Jadeed ketika 18:44 0 comments








